Alliance Bank umum inisiatif kumpul dana bantuan banjir - Utusan Malaysia

Alliance Bank umum inisiatif kumpul dana bantuan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) mengumumkan inisiatif untuk memberikan bantuan kepada komuniti yang terkesan akibat banjir baru-baru ini melalui kempen pengumpulan dana Bantuan Banjir di platform crowdfunding SocioBiz di bawah Alliance Islamic Bank.

Bagi memaksimumkan impak, bank akan memadankan setiap RM1 yang didermakan dengan RM2, secara efektif menggandakan tiga kali ganda sumbangan untuk membantu mangsa banjir.

Kempen ini yang berlangsung dari 20 Disember 2024 hingga 20 Februari 2025, mengajak semua rakyat Malaysia untuk turut serta dan membantu mereka yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank, Rizal IL-Ehzan Fadil Azim berkata, banjir baru-baru ini mengakibatkan ramai rakyat Malaysia menghadapi impak kewangan, fizikal dan emosi dalam kehidupan seharian mereka.

“Kami memahami cabaran mereka dan ingin memainkan peranan kami untuk membantu mereka pulih daripada bencana ini serta membina semula kehidupan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Bank berkata, dana yang dikumpul akan disalurkan kepada Malaysian Relief Agency (MRA), rakan kongsi yang dipercayai dan terkenal dengan usaha bantuan bencana yang berkesan.

Katanya, inisiatif bank ini bertujuan untuk menangani keperluan segera dan jangka panjang mangsa banjir melalui pendekatan dua fasa.

“Fasa 1 akan memberi fokus kepada barangan keperluan seperti makanan sedia dimakan, keperluan bayi, set tempat tidur, kit maruah dan barangan kritikal lain.

“Sokongan tambahan seperti peralatan dapur, bantuan perubatan (Klinik Bergerak), peralatan pembersihan dan pek makanan akan diberikan dalam Fasa 2 untuk menampung keperluan pasca banjir,” ujarnya.

Selain pengumpulan dana, Alliance Bank turut melaksanakan langkah-langkah untuk meringankan beban kewangan pelanggan yang terkesan, termasuk menawarkan moratorium sehingga enam bulan dan pengubahsuaian pembayaran balik pinjaman bagi pelanggan yang terjejas akibat banjir.

Tambahnya, bank akan mengetepikan caj kewangan dan bayaran untuk perkhidmatan terpilih, seperti penggantian kad debit dan mesin juruwang automatik (ATM).

“Orang awam boleh membantu rakyat Malaysia yang terkesan oleh banjir ini dengan menyumbang kepada kempen pengumpulan dana Bantuan Banjir Bank, dengan mengimbas kod QR atau melayari laman sesawang https://globalsadaqah.com/campaigns/aib-mra-floods-2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya