Untung bersih PGB naik kepada RM493.67j pada suku ketiga - Utusan Malaysia

Untung bersih PGB naik kepada RM493.67j pada suku ketiga

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Gas Berhad (PGB) mencatatkan pertumbuhan untung bersih sebanyak RM493.67 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2024 berbanding RM468.45 juta yang direkodkan bagi suku sama tahun sebelum.

Dalam pemfailan di Bursa Malaysia, hasil PGB naik kepada RM1.65 bilion daripada RM1.55 bilion pada suku sama 2023.

Bagi sembilan bulan pertama pula, PGB melaporkan peningkatan untung bersih sebanyak RM1.42 bilion berbanding RM1.38 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya, manakala hasil tumbuh kepada RM4.92 bilion daripada RM4.86 bilion.

PGB dalam kenyataan berkata, prestasi sembilan bulan pertama yang lebih baik dipacu oleh operasi yang kukuh.

“Peningkatan 1.2 peratus pendapatan bagi tiga suku pertama didorong terutamanya oleh hasil yang lebih tinggi daripada segmen pemprosesan gas disebabkan oleh caj tempahan yang lebih tinggi di bawah perjanjian terma baharu.

“Walau bagaimanapun, ini telah diimbangi oleh hasil yang lebih rendah daripada segmen utiliti, mencerminkan harga produk yang lebih rendah,” katanya.

PGB telah mengumumkan dividen interim ketiga sebanyak 18 sen sesaham, mengekalkan kadar yang sama seperti suku sebelumnya, menunjukkan penghantaran nilai berterusan kepada pemegang saham.

“Komitmen kumpulan terhadap program penyelenggaraan yang berkesan telah memastikan ketersediaan kapasiti dalam operasi kilang kami merentas semua aset PGB, memacu untung selepas cukai yang lebih tinggi untuk sembilan bulan pertama 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Ini disokong lagi oleh margin utiliti yang lebih baik berikutan kos gas bahan api yang lebih rendah berikutan pergerakan menurun Harga Rujukan Malaysia (MRP),” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Aziz Othman berkata, PGB Group dijangka memberikan prestasi kewangan yang kukuh pada 2024.

“Ini disokong oleh kontrak pendapatan yang stabil dan prestasi operasi yang mampan.

“Kumpulan terus komited untuk mengoptimumkan kecekapan kos untuk mengurangkan kesan persekitaran kos inflasi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya