Untung bersih Malayan Flour Mills melonjak 96.1 peratus - Utusan Malaysia

Untung bersih Malayan Flour Mills melonjak 96.1 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malayan Flour Mills Bhd (MFM) mencatatkan keuntungan bersih melonjak 96.1 peratus kepada RM64.1 juta pada sembilan bulan berakhir 30 September 2024 berbanding RM32.7 juta tempoh sama sebelumnya, dipacu prestasi segmen perdagangan tepung dan bijian (FGT) Malaysia dan Vietnam yang kukuh.

Menurut kenyataan, segmen FGT, bersama dengan perniagaan Aquafeed, mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM81.3 juta pada tempoh itu, meningkat sebanyak 180.1 peratus daripada RM29.0 juta pada tempoh sebelumnya, dengan asas pendapatan yang kekal sebanyak RM2.3 bilion.

Katanya, lonjakan keuntungan yang signifikan itu, terutama disebabkan oleh peningkatan jumlah jualan dan margin yang lebih baik disebabkan oleh kos gandum yang lebih rendah.
gandum.

“Syarikat 30 peratus milik kami di Indonesia, PT Bungasari Flour Mills, mencatatkan kerugian bersih yang lebih kecil pada RM20.7 juta.

“Ia merupakan peningkatan daripada kerugian besar RM71.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, disokong oleh volum jualan yang lebih tinggi dengan margin yang lebih baik.

“Bagaimanapun, keputusan yang lebih baik dalam tempoh sembilan bulan itu sebahagiannya diimbangi oleh prestasi lemah dalam segmen Integrasi Ayam (PI), yang dikendalikan di bawah usaha sama 51.0 peratus milik Dindings Tyson Sdn. Bhd. (DTSB).

“Segmen tersebut mencatat keuntungan bersih pada RM800,000 dalam tempoh sama, berikutan kesan boikot terhadap rantaian makanan segera Barat berkaitan konflik geopolitik Asia Barat, serta pemberhentian subsidi ayam sejak November 2023,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Malayan Flour Mills Bhd., Teh Wee Chye berkata, segmen FGT Malaysia dan Vietnam dijangka akan terus menyumbang kepada hasil prestasi kewangan kumpulan.

“Walaupun kami mengalami permintaan yang lebih lembut di Indonesia, kami tetap fokus untuk mengoptimumkan kecekapan dan penggunaan kapasiti pengeluaran kami.

“Dalam pada itu, kami sedang aktif meneroka peluang pasaran baharu, apabila keadaan bertambah baik, segmen Pl kami akan memperoleh semula momentumnya.

“Strategi kami terus menumpukan pada pertumbuhan mampan merentas semua segmen, memastikan kami bersedia untuk menghadapi tekanan luaran sambil mencipta nilai kepada pemegang saham kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya