Tefal lancar siri penggoreng udara panas baharu - Utusan Malaysia

Tefal lancar siri penggoreng udara panas baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tefal, jenama peralatan memasak di bawah Groupe SEB Malaysia Sdn. Bhd. melancarkan siri terbaharu penggoreng udara panasnya sebagai sebahagian daripada kempen ‘Healthy Pun Boleh Tasty’.

Menurut kenyataan, pelancaran tersebut sekali gus mencabar mitos umum bahawa memasak secara sihat, terutamanya dengan menggunakan minyak yang sedikit, boleh menjejaskan rasa.

Melalui kerjasama dengan AEON Co. (M) Bhd, Tefal menunjukkan dedikasinya untuk memudahkan proses memasak dan pada masa yang sama, mempromosikan aspek kesihatan, rasa dan kemudahan.

“Siri penggoreng udara panas baharu ini mengurangkan masa memasak sehingga 50 peratus dan menjimatkan tenaga sehingga 70 peratus berbanding ketuhar konvensional, sekali gus membolehkan para pengguna menikmati gaya hidup ‘kurang kerja rumah, lebih masa untuk kehidupan’,” katanya.

Penggoreng udara panas dalam siri tersebut adalah Dual Easy Fry And Grill EY905B, Easy Fry Grill & Steam 3in1 FW2018, Easy Fry Mega EY855D dan Easy Fry Far-Infrared Vision EY8218.

Pengurus Negara Groupe SEB Malaysia, Jack Wong berkata, produknya menggalakkan kaedah memasak yang lebih sihat, justeru merapatkan jurang antara kesedaran pemakanan dan penerapan praktikal.

“Penggoreng udara panas Tefal bukan sekadar peralatan dapur, ia merupakan gerbang ke arah gaya hidup yang lebih sihat tanpa berkompromi terhadap rasa yang kita semua suka.

“Dengan cogan kata kami iaitu ‘Healthy Pun Boleh Tasty’, serta Tefal selaku pencipta pertama penggoreng udara panas, kami di sini ingin memberi inspirasi kepada tabiat memasak yang lebih baik sambil menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan seimbang tanpa mengorbankan cita rasa kegemaran mereka,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Tefal menonjolkan kelebihan penggoreng udara panas yang semakin popular kerana berupaya mempercepat masa memasak, menggalakkan penyediaan makanan yang lebih sihat dan menjimatkan tenaga.

Acara pelancaran tersebut menampilkan demonstrasi secara langsung oleh Chef Chin Pei Ling, yang memperlihatkan bagaimana juadah Malaysia dapat disediakan dengan mengekalkan rasanya melalui kepelbagaian fungsi penggoreng udara panas siri baharu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya