T7 Global lancar limbungan fabrikasi fasiliti baharu - Utusan Malaysia

T7 Global lancar limbungan fabrikasi fasiliti baharu

SULTAN Mizan Zainal Abidin (tengah) berkenan berangkat melawat tapak fabrikasi fasiliti selepas majlis pelancaran di limbungan tersebut di Teluk Kalong, Kemaman, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Syarikat kejuruteraan minyak dan gas, T7 Global Bhd. melalui anak syarikat sepenuhnya milik T7 Facility Sdn. Bhd. melancarkan limbungan fabrikasi fasiliti
baharu di Teluk Kalong, di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif T7 Global Berhad, Tan Kay Zhuin berkata, tapak fabrikasi itu akan berfungsi sebagai pusat kemudahan dan sokongan yang lebih komprehensif untuk pelbagai operasi syarikat termasuk bengkel kejuruteraan, fabrikasi, penyelenggaraan aset dan gudang.

“Kami berbesar hati melancarkan kemudahan ini yang mana fasiliti ini mencerminkan komitmen kami terhadap kecemerlangan operasi dan penyampaian penyelesaian yang berkualiti tinggi kepada pelanggan dalam perniagaan kami. Kami sangat mementingkan aspek keselamatan, inovasi dan keberkesanan dalam setiap aspek operasi.

“Kemudahan ini juga akan mengukuhkan kapasiti dan memperkemas proses operasi syarikat sebagai tindak balas kepada permintaan industri yang semakin berkembang dan ini sekaligus akan mengukuhkan peranan kami dalam menyokong projek-projek pembangunan di perairan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian limbungan fabrikasi kemudahan T7 yang disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Teluk Kalong, di sini, semalam.

Kay Zhuin berkata, pihaknya yakin pelaburan itu akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan dapat meningkatkan kemahiran dalam kalangan tenaga kerja tempatan seterusnya menyumbang kepada ekonomi tempatan dan negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, Tanjung Offshore Services Sdn. Bhd., anak syarikat penuh milik T7 Global telah memperoleh kontrak selama lima tahun daripada IPC Malaysia BV untuk penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian.

“Dengan anugerah oleh ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. dan IPC, pelancaran tapak fabrikasi hari ini akan berperanan penting dalam menyokong kerja-kerja ini dan membolehkan kami menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya