Senai Airport dipilih lokasi pelaburan pertama Chenbro di ASEAN - Utusan Malaysia

Senai Airport dipilih lokasi pelaburan pertama Chenbro di ASEAN

PENGURUSAN kanan Senai Airport City dan Chenbro semasa majlis menandatangani perjanjian jual beli, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senai Airport City Sdn. Bhd. dan Chenbro Malaysia  Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Chenbro Micom Co., Ltd. memeterai  Perjanjian Jual Beli (SPA) untuk kira-kira 6.09 hektar tanah Perindustrian di Zon Perindustrian Bebas Senai Airport City.  

Pengerusi Senai Airport City, Tan Sri Che Khalib berkata, penubuhan Chenbro yang merupakan pakatan kepada gergasi teknologi dalam industri Kecerdasan Buatan (AI) dan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

“Syarikat itu yang mencipta penyelesaian teknologi komprehensif, adalah selaras  dengan strategi kami untuk meningkatkan lagi kelompok industri terkini di Senai Airport City.

“Keputusan pelaburan Chenbro untuk mengukuhkan pangkalan  pembuatan global mereka di rantau Asia Tenggara adalah bukti keupayaan Senai Airport  City, yang menjadi pusat kepada banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan  Langsung Domestik (DDI).

“Ini juga disebabkan dengan adanya penubuhan fasiliti pembuatan berteknologi tinggi, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pusat pengedaran serantau (RDC) yang memenuhi pasaran global. 

“Di samping  itu, ia juga dapat memanfaatkan kemudahan di pelabuhan-pelabuhan Kumpulan MMC  iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP)dan Pelabuhan Johor,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Chenbro Micom Co., Ltd., Maggi Chen berkata, Chenbro akan terus aktif mencipta pengeluaran tempatan global  dengan keupayaan teknologi dan kemudahan hijau karbon rendah untuk permintaan yang  semakin meningkat bagi industri AI. 

“Saya berterima kasih kepada sokongan kerajaan dan profesionalisme Senai Airport City dengan taman perindustrian yang terancang,  infrastruktur sedia ada, rakan kongsi dan pihak-pihak berkepentingan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya