Pertumbuhan pinjaman, deposit bank dijangka perlahan pada suku ketiga - Utusan Malaysia

Pertumbuhan pinjaman, deposit bank dijangka perlahan pada suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertumbuhan pinjaman dan deposit bank-bank Malaysia dijangka perlahan apabila mereka melaporkan keputusan suku ketiga, namun pelabur disaran kekal optimis, menurut RHB Investment Bank (RHB IB).

Firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan pendapatan faedah bersih dijangkakan disokong oleh usaha terdahulu untuk menurunkan kadar deposit, sementara peningkatan selanjutnya dalam kualiti aset memberi ruang untuk pembalikan lapisan perlindungan.

“Kedua-duanya menyokong keuntungan. Pengeluaran pinjaman juga dijangka meningkat, terutamanya memandangkan kelulusan pinjaman yang lebih tinggi,” katanya dalam nota kajian.

RHB IB berkata, data dari Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa pertumbuhan pinjaman menurun kepada 5.6 peratus tahun ke tahun pada September, berbanding 6.4 peratus pada Jun.

“Kadar peningkatan deposit juga berkurang kepada 3.3 peratus, daripada 4.9 peratus pada akhir Jun.

“Walaupun deposit berkembang pada kadar yang lebih perlahan, persaingan biasanya meningkat dalam tiga bulan terakhir tahun yang menaikkan kos dana bank dan memberi tekanan kepada margin faedah bersih mereka.

“Indikator pinjaman pula menunjukkan isyarat bercampur dengan permohonan pinjaman menurun lima peratus dan kelulusan turun empat peratus, manakala pengeluaran menurun lapan peratus.

“Secara keseluruhan tahun ini, permohonan meningkat empat peratys dan kelulusan tiga peratus, manakala pengeluaran berkurang dua peratus,” katanya.

Firma itu berkata, isi rumah yang membentuk majoriti pinjaman dalam sistem perbankan dijangka terus menyokong pertumbuhan pinjaman pada suku keempat.

“Ini dengan peningkatan yang sihat dalam permohonan pinjaman sebanyak empat peratussetakat tahun ini.

“Terdapat peningkatan dalam kualiti aset di seluruh sektor dengan peningkatan dalam pinjaman tidak berbayar kasar iaitu hutang yang dianggap tidak dapat dipulihkan sebagai peratusan daripada jumlah pinjaman telah meningkat kepada 1.54 peratus.

“Peningkatan dalam perlindungan kerugian pinjaman kepada 90.8 peratus melebihi paras sebelum pandemik.

“Dengan anggapan prospek ekonomi kekal kukuh, kami melihat peluang untuk pembalikan lapisan perlindungan membantu menyokong pertumbuhan pendapatan sektor,” katanya.

Bagi strategi, RHB IB mengekalkan pendirian ‘overweight’ terhadap sektor perbankan, dengan pilihan utama termasuk AMMB Holdings Bhd., Alliance Bank Malaysia Bhd., CIMB Group Holdings Bhd., dan Hong Leong Bank Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya