Permintaan lemah, Tan Chong Motor dijangka terus catat kerugian - Utusan Malaysia

Permintaan lemah, Tan Chong Motor dijangka terus catat kerugian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Chong Motor Holdings Bhd dijangka terus mencatatkan kerugian pada masa hadapan kesan permintaan produk yang lemah, persaingan sengit dalam pasaran automotif serta kelemahan tukaran mata wang asing, kata Kenanga Research.

Firma penyelidikan menganggarkan kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih lebih besar pada tahun kewangan 2024 iaitu sebanyak RM192.1 juta berbanding RM102.6 juta dan sejumlah RM143.6 juta pada tahun kewangan 2025 berbandung RM77.1 juta.

Firma penyelidikan itu kekal berhati-hati terhadap prospek kumpulan itu kerana mereka hanya memegang kurang 1 peratus daripada jumlah volum industry, kekurangan pelancaran produk baharu berbanding pesaingnya yang berjaya melancarkan model serba baharu.

“Tan Chong Motor juga tidak memiliki keupayaan untuk menaikkan harga jualan bagi menampung kenaikan kos pengeluaran terutamanya kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Kami mengurangkan harga sasaran (TP) sebanyak 27 peratus kepada 44 sen berbandina 60 sen sesaham bagi mencerminkan jenama Nissan yang kurang popular berbanding jenama asing di dalam pasaran,” katanya dalam satu nota kajian.

Terdahulu, kumpulan itu menyaksikan kerugian bersihnya meningkat kepada RM90.28 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM50.7 juta pada suku ketiga 2023.

la mencatatkan kerugian bersih RM40.1 juta pada suku terdekat sebelumnya suku kedua kedua tahun kewangan 2024.

Ini menandakan suku kelapan berturut-turut kumpulan itu mencatatkan kerugian sejak suku keempat tahun kewangan 2022.

Sementara itu, Maybank Investment Bank (Maybank IB) meramalkan, cabaran dalam operasi automotif kumpulan mungkin berterusan disebabkan permintaan produk yang lemah dan persaingan yang semakin meningkat dalam pasaran automotif.

Katanya, pelancaran produk baharu, termasuk Nissan Kicks e-Power (dijadual dilancarkan pada 4Q24) dan pemasangan kontrak baharu dijangka boleh menjadi pemangkin kepada kumpulan.

“Tan Chong Motor akan mula mengeluarkan kenderaan di kilangnya di Malaysia untuk pasaran eksport Nissan, bermula pada suku keempat.

“Kami bagaimanapun mengekalkan ramalan kerugian kumpulan dengan penarafan “jual” pada harga sasaran (TP) 39 sen sesaham,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya