Pengguna BEV digalak tukar ePlate khas - Utusan Malaysia

Pengguna BEV digalak tukar ePlate khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna kenderaan elektrik bateri (BEV) yang mendaftar sebelum 9 September 2024 digalakkan untuk menukar nombor plat kereta mereka kepada ePlate iaitu plat khas untuk jenis kenderaan tersebut.

Pengerusi Persekutuan Persatuan Kenderaan Elektrik Malaysia (FOMEVA), Datuk Seri Jason Lee berkata, pemilik BEV boleh menukar plat khas berkenaan dengan harga rasmi RM98.

“Pemasangan juga adalah percuma di beberapa pemasang rasmi yang dilantik oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, bagi mereka yang tidak pasti lokasi pemasangan rasmi boleh menghubungi pengedar kereta masing-masing kerana promosi itu ditawarkan oleh kebanyakan jenama.

“Pelancaran ePlate adalah idea pintar supaya orang ramai dan semua pihak berkuasa boleh membezakan antara kenderaan enjin yang berfungsi secara pembakaran (ICE) dan BEV,” ujarnya.

Terdahulu, FOMEVA tidak bersetuju dengan cadangan ePlate yang menggunakan abjad “EV” dan “EVA” kerana ia akan menyebabkan masalah bagi pemilik BEV yang sudah menggunakan nombor mereka sendiri.

Dalam pada itu, Jason turut menggalakkan semua pengguna BEV untuk menyertai FOMEVA demi memperjuangkan kebaikan dan pembangunan ekosistem EV di negara ini, di mana ketika ini masih banyak masalah yang perlu diatasi dan perlu mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

“Ini termasuk masalah caj di kediaman strata, isu tempat letak kereta di caj lot oleh kereta bukan BEV dan sebagainya,” ujarnya.

FOMEVA juga menawarkan diskaun tempat letak kereta kecil melalui aplikasi Flexi Parking kepada ahlinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya