PCP Petronas raih Anugerah Loji Mampan 2024 di Singapura - Utusan Malaysia

PCP Petronas raih Anugerah Loji Mampan 2024 di Singapura

PETRONAS dinobat jenama paling bernilai di ASEAN. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Loji Pengerang Cogeneration (PCP) milik PETRONAS dinobatkan sebagai Loji Mampan 2024 pada Anugerah Sidang Kemuncak Hiliran Asia yang berlangsung baru-baru ini di Singapura.

Anugerah itu mengiktiraf kejayaan pelaksanaan projek kecekapan tenaga yang inovatif dan dipacu analisis data, yang meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan pelepasan karbon, serta memastikan kebolehpercayaan loji tersebut.

Ketua Loji PCP, Irsan Yuz Abu Hanifah turut menyumbang kejayaan projek itu kepada pendekatan tiga langkah iaitu pemburuan nilai, pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian, serta pengurusan perubahan.

Beliau berkata, pendekatan itu telah membawa kepada pengurangan yang ketara dalam penggunaan gas bahan api.

“Ini membantu mengurangkan kos operasi dan secara signifikan mengurangkan pelepasan karbon sepanjang tahun, sekali gus mengukuhkan komitmen kami terhadap tanggungjawab alam sekitar.

“Walaupun pendekatan ini telah mendorong PCP memenangi anugerah Loji Mampan 2024 di peringkat Asia, kami sedar perjalanan masih panjang.

“Bagi mencapai impak jangka panjang, Petronas telah melancarkan program keupayaan yang bertujuan mengubah mindset tenaga kerja kami untuk menyumbang kepada aspirasi kelestarian organisasi,” katanya dalam kenyataan.

Pemburuan Nilai ialah proses diagnostik yang dipacu data dan berfokus pada mengenal pasti potensi nilai dalam inisiatif kecekapan tenaga.

Setelah mendapatkan pandangan, tumpuan beralih kepada pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian, di mana penyelesaian digital lanjutan dilaksanakan untuk mengoptimumkan prestasi dan meningkatkan kecekapan.

Pendekatan tu kemudian menekankan pengurusan perubahan melalui program peningkatan keupayaan yang bertujuan memupuk kesedaran karbon dalam kalangan tenaga kerja untuk mewujudkan budaya kecekapan tenaga di seluruh loji.

Di samping usaha pengurangan karbon, pelaksanaan penyelesaian dioptimumkan ini turut memposisikan Kompleks Bersepadu Pengerang sebagai pemain yang kompetitif dalam pasaran tenaga.

Ini juga membolehkan kompleks petrokimia tersebut menyediakan penyelesaian tenaga yang kos efektif serta menawarkan kelebihan signifikan kepada pelabur dan industri petrokimia secara lebih meluas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya