PCG catat kerugian kesan tukaran wang asing - Utusan Malaysia

PCG catat kerugian kesan tukaran wang asing

PCG catat kerugian pertama sejak 10 tahun lalu ekoran kelemahan pertukaran mata wang asing. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Bhd. (PCG) mencatatkan kerugian buat pertama kali sejak disenaraikan lebih sedekad lalu, didorong kelemahan pertukaran mata wang asing.

Menurut kenyataan, PCG mencatatkan Kerugian Selepas Cukai (LAT) sebanyak RM762 juta untuk suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024

“Kerugian itu atas penilaian semula hutang di Pengerang Petrochemical Company Sdn. Bhd. (PPC) dan penilaian semula pinjaman pemegang saham kepada PPC.

“Pada suku tersebut, dolar Amerika Syarikat (AS) merosot berbanding ringgit daripada 4.721 pada 30 Jun 2024 kepada 4.107 pada 30 September 2024.

“Keuntungan Selepas Cukai (PAT) kumpulan pula dianggarkan pada RM352 juta, jika tidak termasuk kesan kerugian pertukaran mata wang asing,” katanya.

Pengerang Petrochemical Company Sdn. Bhd. (PPC) adalah syarikat usaha sama 50:50 antara Petronas Chemicals dan Saudi Aramco yang terletak di dalam Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor.

“Kelemahan dolar AS berbanding ringgit baru-baru ini telah mengakibatkan kerugian pertukaran mata wang asing yang tidak direalisasi setelah penilaian semula hutang berjumlah RM536 juta, yang direkodkan oleh PCG.

“PCG telah menyediakan pinjaman pemegang saham yang didominasikan dalam dolar AS kepada PPC yang juga terdedah kepada pertukaran mata wang asing yang tidak direalisasi berjumlah RM492 juta, disebabkan pergerakan pertukaran mata wang asing yang tidak menguntungkan.

“Jumlah kerugian pertukaran mata wang asing pada suku ketiga ialah RM1.1 bilion, termasuk kerugian pertukaran mata wang asing daripada operasi-operasi lain berjumlah RM86 juta,” katanya.

Sepanjang tempoh kumulatif sembilan bulan pada tahun kewangan berakhir 2024, pendapatan kumpulan meningkat lapan peratus tahun ke tahun kepada RM23.2 bilion berbanding 2023, sebahagian besarnya disebabkan oleh jumlah jualan yang lebih tinggi termasuk sumbangan daripada PPC.

“Bagaimanapun, Perolehan Sebelum Faedah, Pencukaian, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) menurun 10 peratus tahun ke tahun kepada RM2.8 bilion.

“Ini disebabkan oleh pendapatan negatif yang direkodkan daripada PPC berpunca dari kerugian pertukaran mata wang asing berikutan penilaian semula hutang serta kos operasi yang lebih tinggi.

“Keuntungan selepas cukai (PAT) berkurang 53 peratus tahun ke tahun kepada RM750 juta dan dianggarkan pada RM1.7 bilion jika tidak termasuk kesan kerugian pertukaran mata wang asing,” katanya.

Mengulas prestasi itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mazuin Ismail berkata, prestasi kewangan kumpulan untuk suku tahun itu terjejas teruk akibat pergerakan dolar AS terhadap ringgit yang tidak memihak, terutama daripada pelaburan dalam PPC.

“Dari segi operasi, prestasi perniagaan teras meningkat dalam suku ketiga dengan penggunaan loji yang lebih tinggi di operasi Malaysia kami, menyumbang kepada peningkatan jumlah jualan.

“Kami telah menyelesaikan semua Ujian Prestasi di unit petrokimia di PPC dan kini sedang bersiap sedia untuk operasi komersial, yang disasarkan pada akhir tahun ini.

“Ini merupakan pencapaian penting bagi kami, dalam menyampaikan sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk mengukuhkan perniagaan bahan kimia asas kami dan mempelbagaikan secara terpilih kepada derivatif dan bahan kimia khusus,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, boleh dijangkakan bahawa permulaan aset bermodal intensif yang berskala besar ini akan memberi kesan material kepada pendapatan kumpulan, termasuk kesan pertukaran mata wang pada suku tersebut.

“Jika dolar AS terus meningkat pada suku keempat, kami akan menjangka pembalikan separa terhadap kerugian pertukaran mata wang asing yang tidak direalisasi.

“Dari segi pasaran, segmen Olefin & Derivatif (O&D) menghadapi sedikit kelemahan disebabkan permintaan hiliran bermusim yang lemah, walaupun terdapat penambahan bekalan daripada kapasiti baharu Asia Timur Laut.

“Baja & Metanol (F&M) semakin stabil kerana pembekal-permbekal utama menumpukan untuk memenuhi kontrak berpenggal, manakala dalam segmen kimia khusus, kami mengekalkan prospek berhati-hati memandangkan ketidaktentuan berterusan dalam persekitaran makroekonomi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya