Pasaran saham ditutup rendah hari ini - Utusan Malaysia

Pasaran saham ditutup rendah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 11.98 mata kepada 1,609.26 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,621.24 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,627.62.

Jumlah dagangan sebanyak 2.68 bilion unit bernilai RM2.03 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 685 berbanding 358 dengan 480 kaunter tidak berubah dan 885 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 1.15 peratus atau 29.49 mata kepada 2,531.66.

Indeks STI Singapura pula naik 14.27 mata kepada 3,738.64.

Selain itu, indeks Nikkei Jepun menaik 32.95 mata kepada 39,533.32 ketika berita ini ditulis.

Sebaliknya, Indeks Komposit BEI Indonesia menaik sebanyak 0.60 peratus kepada 7.287.19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya