PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 4.27 mata kepada 1,620.70 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,616.43 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,618.20.
Jumlah dagangan sebanyak 2.58 bilion unit bernilai RM2.47 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 512 berbanding 476 dengan 496 kaunter tidak berubah dan 895 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 0.47 peratus atau 12.09 mata kepada 2,576.88 manakala indeks Indonesia turun 0.18 peratus kepada 7.493.06.
Indeks STI Singapura pula naik 5.880 mata kepada 3,577.920.
Selain itu, indeks Nikkei Jepun pula naik 1,027.58 mata kepada 38,474.90 ketika berita ini ditulis.-UTUSAN