Pasaran saham ditutup lemah hari ini - Utusan Malaysia

Pasaran saham ditutup lemah hari ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 8.24 mata kepada 1,592.44 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,600.68 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,601.43.

Jumlah dagangan sebanyak 2.71 bilion unit bernilai RM2.66 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 579 berbanding 389 dengan 522 kaunter tidak berubah dan 984 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus dilihat terkesan akibat situasi luaran.

“Ini di mana pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menyatakan bank pusat negara itu tidak tergesa-gesa dalam usaha mereka untuk mengurangkan kadar faedah.

“Komen seperti ini seolah-olah memberi pengikitirafan bahawa dasar ekonomi Donald Trump bersifat berinflasi dan menuntut pihak Fed supaya berhati-hati kerana risiko inflasi yang bakal meningkat tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya