Pakar unjur KDNK Malaysia tumbuh 5.1 hingga 5.3% pada suku ketiga - Utusan Malaysia

Pakar unjur KDNK Malaysia tumbuh 5.1 hingga 5.3% pada suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2024 dijangka berkembang sekitar 5.1 hingga 5.3 didorong sektor pelaburan dan sektor tertentu seperti pelabur swasta serta penggunaan tenaga kerja. 

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Umi Hamidaton Mohd. Soffian Lee berkata, sektor ini mampu mempengaruhi faktor jangka pendek dan jangka panjang. 

“Saya melihat pertumbuhan KDNK pada suku ketiga ini dalam keadaan ekonomi domestik semasa yang positif dan keadaan politik semasa kemenangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam pilihan raya AS baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Sementara itu, Kenanga Research mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK sebanyak 5.3 peratus bagi suku ketiga tahun ini, didorong oleh sumbangan sektor perkilangan dan lonjakan tidak dijangka dari sektor pembinaan.

Firma penyelidikan itu berkata, bagaimanapun, petunjuk makro utama menunjukkan pengembangan sederhana dengan kemerosotan dalam sektor perlombongan dan permintaan domestik. 

Jelas Kenanga Research, berdasarkan petunjuk frekuensi tinggi, pihaknya menganggarkan pertumbuhan KDNK suku ketiga 2024 akan sederhana kepada 5.3 peratus berbanding suku kedua 2024 pada kadar 5.9 peratus, namun masih sejajar dengan kadar neutral pra-pandemik (2010 hingga 2019). 

“Ke hadapan, pertumbuhan dijangka merosot kepada 4.6 peratus pada suku akhir, membawa pertumbuhan keseluruhan 2024 kepada 5.0 peratus, dalam julat ramalan Kementerian Kewangan (MoF) iaitu 4.8 hingga 5.3 peratus. 

“Walau bagaimanapun, prospek pertumbuhan kekal terdedah kepada risiko luaran, termasuk potensi kemerosotan di ekonomi maju akibat kesan tertunda daripada kadar faedah yang lebih tinggi, ketegangan geopolitik yang menjejaskan rantaian bekalan global, dan kemungkinan pemulihan pertumbuhan yang mengecewakan di China walaupun dengan langkah rangsangan yang berterusan. 

“Sebagai contoh, ekonomi AS berkembang 2.8 peratus pada suku ketiga 2024 sedikit lebih rendah daripada 3.0 peratus pada suku sebelumnya, manakala pertumbuhan China merosot kepada 4.6 peratus berbanding suku kedua, 4.7 peratus,” katanya dalam nota penyelidikan. 

Kenanga Research berkata, sektor perkilangan dijangka berkembang lebih lanjut, mencatatkan empat suku berturut-turut pengembangan, dengan indeks output perkilangan meningkat kepada 5.8 peratus berbanding suku kedua, 4.9 peratus didorong oleh industri berorientasikan eksport berbanding 5.8 peratus pada suku kedua, 4.0 peratus terutamanya dalam subsektor Elektronik dan Elektrik (E&E). 

“Pertumbuhan eksport yang kukuh, meningkat kepada 7.8 peratus pada suku kedua 2024, 5.8 peratus juga menyokong prestasi ini, mencatatkan paras tertinggi dalam tujuh suku. 

“Namun, pertumbuhan mungkin terhad oleh pengembangan sederhana dalam industri berorientasikan domestik 5.7 peratus berbanding suku kedua 2024, 6.8 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya