Mega Fortris mulakan penampilan sulung di Pasaran Utama pada harga 67 sen sesaham - Utusan Malaysia

Mega Fortris mulakan penampilan sulung di Pasaran Utama pada harga 67 sen sesaham

Datuk Adrian Ng (empat dari kanan) pada Majlis penyenaraian syarikat itu di Bursa Malaysia, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mega Fortris Bhd, pengeluar kunci keselamatan memulakan penampilan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia mendatar iaitu pada harga tawaran awam permulaan (IPO) 67 sen sesaham.

Ketua Pegawai Operasi Mega Fortris Bhd., Jason Francis White berkata syarikat akan memperluaskan kapasiti pengelurannya dengan membina kilang baharu di United Kingdom (UK), dengan tambahan sebanyak 200 juta unit.

 “Kapasiti pengeluaran kami di Malaysia kini berada pada kira-kira 570 juta unit untuk tahun kewangan semasa. 

“Namun begitu, kapasiti bukanlah isu utama bagi kami. Kami mampu meningkatkan kapasiti dengan cepat dalam jangka masa yang singkat antara 30 hingga 100 hari,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu di Bursa Malaysia, di sini. 

Jason berkata, syarikat dapat menambah kapasiti dengan ketara melalui pelaksanaan acuan baru, teknologi acuan serta kerjasama dengan pengilang peralatan asal (OEM) subkontrak yang telah disaring.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Adrian Ng, berkata syarikat telah menyokong operasi di Amerika Syarikat (AS) selama bertahun-tahun, menguruskan cukai dan peraturan pelbagai bidang kuasa, termasuk yang terdapat di Eropah, sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan globalnya.

Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif selimut sebanyak 10 peratus hingga 20 peratus ke atas semua import, dengan tarif tambahan sebanyak 60 peratus hingga 100 peratus ke atas barangan yang diimport dari China.

Ng berkata, Mega Fortris tidak melihat peningkatan tarif ini sebagai masalah, memandangkan ia adalah operasi seperti biasa dan menjangkakan kesan yang sangat minimum serta akan menangani situasi ini dengan berkesan.

“Ini akan menjadi pendekatan pelbagai sudut yang akan kami pertimbangkan. Jika perlu, kami akan menaikkan harga jualan purata (ASP) kami. 

“Selain itu, kami juga mempunyai rancangan untuk mendesentralisasikan operasi kami, dengan matlamat akhir untuk menubuhkan kemudahan di AS yang akan membantu mengurangkan kesan sebarang tarif pada masa depan,” katanya. 

Dengan jumlah hasil kasar sebanyak RM99.07 juta yang diperoleh daripada IPO, Mega Fortris akan menggunakan 43.38 peratus daripada hasil kasar (RM42.98 juta) untuk sebahagian daripada pembiayaan penubuhan kemudahan pengeluaran baru termasuk talian pengeluaran automatik untuk meterai keselamatan (termasuk gudang pusat) di UK. 

Selain itu, sebanyak 45.42 peratus (RM45 juta) untuk usaha perniagaan baru di Macao, China, untuk menyediakan penyelesaian lengkap dalam membekal dan mengendalikan kad permainan dalam kotak keselamatan bertutup dan baki hasil akan digunakan untuk menampung perbelanjaan yang berkaitan dengan penyenaraian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya