Kuota solar NEM Rakyat habis dilanggan, kerajaan diminta tambah

Kuota solar NEM Rakyat habis dilanggan, kerajaan diminta tambah

solar
Graf data dari SEDA menunjukkan kuota NEM Rakyat sudah habis dilanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuota pemasangan panel solar di bawah program permeteran tenaga bersih (NEM) bagi kategori NEM Rakyat iaitu untuk pemasangan solar fotovoltaik kegunaan domestik sudah habis dilanggan semalam.

Dalam tinjauan di laman web Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA), iaitu agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia tenaga lestari negara, kota untuk NEM Rakyat boleh dikatakan sudah dilanggan sepenuhnya.

Kuota yang masih berbaki ialah NEM Nova, iaitu untuk industri dan NEM Gomen untuk agensi-agensi kerajaan.

Bagi tahun 2024, kerajaan telah memperuntukkan kuota NEM Rakyat sebanyak 350 megawatt (MW) sehingga 31 Disember ini.

Bagaimanapun ia sudah habis dilanggan pada September lalu disusuli dengan pengumuman kuota tambahan sebanyak 50 MW, yang mana ia telah habis dilanggan semalam.

Sehubungan itu pengguna dan pihak industri menggesa kerajaan melakukan sesuatu termasuk menambah kuota berkenaan selari dengan pengumuman dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu bahawa program NEM akan dilanjutkan hingga 30 Jun 2025.

Tanpa ada penambahan kuota, pengumuman itu tidak memberi apa-apa makna kerana pengguna tidak lagi boleh melanggan untuk memasang panel solar di rumah mereka kerana pemasangan tertakluk kepada kuota yang diperuntukan melalui Tenaga Nasional Berhad.

Menurut para pemain industri, ini sekali gus boleh menjejaskan usaha kerajaan mempromosikan penggunaan tenaga bersih dan program peralihan tenaga negara.

Pada masa yang sama kata mereka, tempahan daripada pelanggan juga masih banyak yang belum dapat dipenuhi ekoran kehabisan kuota.

Situasi ini bukan sahaja menjejaskan industri tenaga boleh baharu, tetapi juga menjejaskan minat orang ramai untuk beralih kepada tenaga bersih berasaskan solar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN