PETALING JAYA: Radium Development Berhad (Radium) meraikan pemenang kempen Radium Instant Rewards 2024 dalam sebuah acara penghargaan dan penebusan hadiah yang meraikan 107 pembeli layak Chancery Hybrid SOHO @ Ampang dan Radium Adesa Suites Apartment @ Kuala Lumpur, Desa East Residences baru-baru ini.
Peserta terserbut telah mengambil bahagian dalam kempen yang berlangsung dari 1 Februari 2024 hingga 31 Mei 2024, menawarkan pelbagai hadiah wang tunai termasuk hadiah utama sebanyak RM18,888.
Pengarah Urusan Kumpulan Radium, Datuk Gary Gan berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan menegaskan komitmen Radium yang teguh dalam memupuk kesetiaan pelanggan.
Katanya, kehadiran kempen ini menjadi bukti jelas komitmen syarikat untuk memberi ganjaran kepada pembeli rumah atas kepercayaan mereka terhadap pembangunan berwawasan Radium.
“Radium Instant Rewards bukan sekadar promosi, namun ia merupakan penghormatan tulus kepada pembeli kami, arkitek sebenar kejayaan kami.
“Acara ini adalah satu penghargaan atas kesetiaan mereka yang berterusan dan mencerminkan janji kami untuk menyediakan perjalanan yang luar biasa bagi setiap pemilik rumah Radium.
“Dari saat mereka memilih kami sehingga hari mereka melangkah ke rumah baharu, kami komited untuk mencipta pengalaman yang luar biasa yang melampaui jangkaan,” katanya.
Kemuncak acara itu adalah cabutan hadiah wang tunai utama iaitu satu hadiah utama RM18,888, tiga hadiah pertama RM10,888, lima hadiah kedua RM6,888 dan tujuh hadiah RM3,888. Pembeli lain turut membawa pulang hadiah saguhati bernilai RM888.
Sementara itu, salah seorang pembeli Chancery Ampang, Rosnan, meluahkan rasa syukur atas kemenangannya memenangi hadiah utama.
“Ini kali pertama saya menang sesuatu yang besar, jadi ini adalah kejutan yang sangat menyenangkan.
“Saya membeli unit di Chancery Ampang sebagai satu bentuk pelaburan serta untuk diwariskan kepada anak-anak saya kelak.
“Projek ini menarik minat saya kerana ia adalah pembangunan pegangan bebas di lokasi yang sangat strategik, dengan ciri inovatif dan menarik,” katanya.-UTUSAN