Johor Port terima Anugerah Jenama Syarikat Asia Terbaik 2024 - Utusan Malaysia

Johor Port terima Anugerah Jenama Syarikat Asia Terbaik 2024

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, Md Derick Basir (kanan), menerima Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia 2024 bagi pihak Johor Port daripada wakil Kongres HRD, Jaswinder Narang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC, dianugerahkan penghormatan tertinggi, Anugerah Jenama Syarikat Asia Terbaik 2024.

Pengiktirafan yang berprestij itu mengukuhkan komitmen berterusan Johor Port dalam membina budaya tempat kerja yang inklusif dan memberi inspirasi, yang memupuk bakat, menggalakkan pertumbuhan dan menetapkan penanda aras kecemerlangan majikan di seluruh rantau ini.

Johor Port dalam kenyataan berkata, anugerah anjuran ‘World HRD Congress’ dengan sokongan strategik daripada CHRO Asia, Platform Global’ untuk Ketua Sumber Manusia dan Persekutuan Profesional Sumber Manusia Dunia.

Acara tahunan ini meraikan organisasi yang mengutamakan penglibatan pekerja, pengurusan bakat yang efektif, dan amalan Sumber Manusia yang cemerlang sejajar dengan matlamat perniagaan strategik.

“Anugerah Jenama Syarikat Asia Terbaik 2024 ini diberikan sebagai pengiktirafan terhadap usaha Johor Port dalam mewujudkan amalan sumber manusia yang terkemuka dalam industri, dengan tumpuan kepada penciptaan persekitaran yang memotivasi dan menyokong pekerja untuk mencapai potensi tertinggi mereka.

“Dengan mengutamakan program pembangunan, inisiatif kesihatan dan peluang kemajuan kerjaya, Johor Port tetap komited terhadap pertumbuhan profesional dan kesejahteraan pekerjanya, mengukuhkan lagi peranannya sebagai majikan utama di Asia,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad, Md. Derick Basir, di Johor Port Berhad, pihaknya mengiktiraf bahawa kakitangan syarikat adalah aset paling berharga.

“Anugerah ini mengukuhkan komitmen teguh syarikat dalam membina tempat kerja yang menyokong, dinamik dan inklusif yang mengutamakan pembangunan pekerja, kesejahteraan dan pertumbuhan kerjaya, sekaligus memperkukuhkan kedudukan Johor Port sebagai majikan terkemuka di Asia.

“Ia menginspirasikan kami untuk terus berusaha menyediakan peluang kerjaya yang bermakna, memupuk bakat dan menegakkan nilai-nilai yang sejajar dengan misi kami untuk mencipta tempat kerja contoh untuk semua.

“Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Anugerah Jenama Syarikat Asia Terbaik 2024 dan ‘World HRD Congress’ atas penghormatan yang istimewa ini,” katanya.

Jelas beliau, pengiktirafan ini memperkuatkan lagi komitmen Johor Port terhadap pendekatan yang berfokuskan kepada pekerja dalam semua aspek operasi syarikat.

“Kami percaya bahawa dengan melabur dalam kakitangan kami dan membina persekitaran yang menyokong, kami bukan sahaja memperkukuhkan kekuatan organisasi tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan bakat di rantau ini.

“Johor Port Berhad kekal komited dalam memajukan amalan sumber manusia dengan matlamat untuk menetapkan penanda aras dalam penglibatan pekerja, budaya tempat kerja dan pertumbuhan mampan.

“Meninjau ke masa hadapan, syarikat akan terus mengutamakan inisiatif yang menegakkan komitmen untuk menjadi majikan pilihan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya