PORT DICKSON: Hasil tidak pernah mengkhianati usaha merupakan ungkapan terbaik yang boleh ditujukan kepada usahawan orang kurang upaya (OKU) yang juga pemilik syarikat, MS Alias Enterprise, Mohd. Alias Abu Bakar, 34. Apa tidaknya, selepas terlibat dengan kemalangan teruk sehingga mengakibatkan dia mengalami cacat kekal, Mohd. Alias bangkit membangunkan produk ikan pekasam menerusi jenama Pekasam Alias Warisan Bonda. Sejak 2015, produk ikan pekasamnya itu semakin dikenali dan mendapat sambutan ramai malah berjaya menembusi pasaran sehingga United Kingdom. Menurut pemuda itu, dia memulakan perniagaan itu bermodalkan duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya