Glide Technology labur RM9j bina kemudahan pengeluaran

Glide Technology labur RM9j bina kemudahan pengeluaran

MUHAZLI MUHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Glide Technology Sdn. Bhd. (GTSB) akan melabur sebanyak RM9 juta untuk membina kemudahan pengeluaran canggih bagi Minyak Transformer Berasaskan Ester Minyak Sawit MPOB-GLIDE di Shah Alam.

Susulan itu, GTSB dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menjalin kerjasama strategik pada Khamis lalu, di mana MPOB akan memindahkan teknologi penting kepada GTSB untuk pembangunan dan pengkomersialan Minyak Transformer Berasaskan Ester Minyak Sawit MPOB-GLIDE. 

Pengeluaran itu dijadualkan bermula pada suku ketiga 2025 dan mendapat sokongan Tenaga Nasional Research Sdn. Bhd. (TNBR) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), menekankan komitmen Malaysia terhadap penyelesaian tenaga inovatif dan mampan.

Dengan jualan diunjurkan bernilai RM30 juta daripada pasaran Malaysia dan eksport, kerjasama ini memanfaatkan sumber minyak sawit negara untuk menyediakan produk yang sejajar dengan standard global alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Presiden Kumpulan Syarikat Glide, Datuk Muhazli Muhamad berkata, Minyak Transformer Berasaskan Ester Minyak Sawit MPOB-GLIDE adalah pencapaian penting dalam kelestarian tenaga, menekankan sifat biodegradasi dan keselamatan kebakaran. 

“Kedudukan strategik kami membolehkan kami memacu inovasi patuh ESG ini, menyumbang secara signifikan kepada peralihan tenaga domestik dan antarabangsa.

“Dengan pengalaman selama 17 tahun dalam pembuatan pelincir, kami sedang memperluaskan portfolio produk kami. 

“Rangkaian premium MPOB-GLIDE kami disesuaikan untuk sektor penting seperti pengagihan tenaga, ladang angin luar pesisir dan grid utiliti, yang terkenal dengan keselamatan kebakaran yang unggul dan biodegradasi,” katanya. 

Beliau berkata, melangkah ke bidang pelincir khas, GTSB berhasrat untuk memperkukuh kepimpinan pasarannya melalui kerjasama ini. 

“Rangkaian MPOB-GLIDE adalah pengubah permainan dan fokus kami untuk memenuhi permintaan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan tenaga, digabungkan dengan kerjasama kami bersama MPOB, memperkukuh peranan kami sebagai pengeluar erusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera terkemuka,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Antarabangsa di Glide Technology, Simon Matthew berkata, projek itu mempunyai potensi besar dengan pemindahan teknologi dari MPOB serta sokongan TNBR dan UTHM. 

“Kami bersedia untuk mentakrifkan semula standard industri dan mempromosikan amalan tenaga mampan di seluruh dunia. 

“Pasaran global Minyak Transformer Ester yang bernilai AS$145 juta (RM649.86 juta) pada  2023, dijangka hampir dua kali ganda kepada AS$286.6 juta (RM1.28 bilion) menjelang 2030, dengan kadar pertumbuhan tahunan kukuh sebanyak 10.1 peratus. 

“Pelaburan strategik dan kepakaran Glide Technology meletakkan kami dalam kedudukan yang baik untuk merebut peluang dalam pasaran yang berkembang pesat ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya