Fed turun kadar faedah sebanyak 25 mata asas

Fed turun kadar faedah sebanyak 25 mata asas

RIZAB Persekutuan AS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengundi sebulat suara untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada antara 4.50 dan 4.75 peratus pada 7 Novembver.

Pengerusi Fed, Jerome Powell dalam laporan AFP berkata, dalam tempoh terdekat, pilihan raya Presiden AS tidak akan memberi kesan ke atas keputusan dasar Fed.

Katanya, masih terdapat ketidakpastian mengenai agenda ekonomi sebenar Donald Trump yang dipilih menjadi Presiden.

“Kami tidak meneka, kami tidak membuat spekulasi dan kami tidak membuat andaian,” katanya.

Jerome juga menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan jika diminta keluar awal oleh Presiden yang dipilih, sambil menambah bahawa memecat mana-mana pemimpin lain dalam kalangan tujuh gabenor Fed ‘tidak dibenarkan di bawah undang-undang’.

Keputusan kadar bank pusat AS sepatutnya membantu meringankan kos gadai janji dan pinjaman lain, berita yang dialu-alukan untuk pengguna, yang secara meluas menyebut kos sara hidup sebagai kebimbangan utama menjelang pengundian lalu.

Namun, kos pinjaman juga akan bergantung kepada bagaimana pasaran kewangan berpendapat kemenangan Trump akan memberi kesan kepada ekonomi dalam jangka panjang, di mana kadar faedah Fed perlu diselesaikan untuk memastikan inflasi kekal terkawal.

Powell tidak mengulas mengenai keputusan pilihan raya, kata Ketua Ekonomi Nationwide, Kathy Bostjancic kepada AFP pada Khamis.

“Tetapi saya fikir apabila kita memasuki 2025, mereka perlu pertimbangkannya,” katanya.

Pungutan suara dan tinjauan menunjukkan bahawa kemenangan Trump dibantu oleh rasa tidak puas hati terhadap lonjakan inflasi AS selepas pandemik, yang menyaksikan harga pengguna meningkat lebih 20 peratus.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya