Duopharma Biotech, UKM anjur HPS 2024

Duopharma Biotech, UKM anjur HPS 2024

SIMPOSIUM Farmaseutikal Halal sehari 2024 (HPS 2024) satu hari di Putrajaya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech) bekerjasama dengan Fakulti Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan IDEA Centre, pejabat strategik universiti untuk penyelidikan dan inovasi  menganjurkan Simposium Farmaseutikal Halal sehari 2024 (HPS 2024) satu hari di Putrajaya baru-baru ini.

Simposium bertema ‘Merapatkan Halal kepada Kesihatan: Memupuk Inklusiviti, Inovasi dan Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan’ itu dihadiri 300 delegasi dari Malaysia. 

Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, pihaknya berbesar hati menganjurkan bersama HPS 2024 dengan UKM. 

Katanya, sebagai rakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) lama dalam sains farmaseutikal halal dan aplikasi komersial, pihaknya telah membuat kemajuan yang ketara bersama-sama dan berharap untuk mencapai lebih banyak lagi pencapaian. 

“Melalui simposium ini, Duopharma Biotech mengekalkan momentum kami dalam menerajui strategik kerjasama untuk menjangkau potensi yang berkembang pesat dalam industri farmaseutikal halal dan meningkatkan kedudukan farmaseutikal halal dalam landskap farmaseutikal global.

“Sebagai peneraju farmaseutikal halal di Malaysia dengan kecemerlangan selama 25 tahun dalam menghasilkan produk yang diperakui halal untuk pengguna, usaha kami didorong oleh dasar ‘Terbina Dalam Halal’ dan komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang merangkumi tumpuan kepada akses kepada perubatan. 

“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan keterangkuman dalam penjagaan kesihatan, membolehkan semua pesakit mempunyai pilihan dalam terapi dan ubat yang mereka perlukan untuk kesejahteraan mereka, selamat untuk digunakan dan berkesan, berkualiti tinggi, bersih dan diperakui halal,” katanya dalam kenyataan. 

Dilancarkan oleh Pengerusi Halal Development Corporation (HDC), Khairul Azwan Harun, simposium itu menyaksikan penyertaan Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) UKM, Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid dan pelbagai lagi wakil daripada sektor farmaseutikal dan penjagaan kesihatan.

Bertujuan untuk menyediakan platform bagi pendedahan, perkongsian pengetahuan dan perbincangan dalam kalangan perwakilan, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kemampanan industri farmaseutikal halal di Malaysia dan di peringkat global, simposium itu menampilkan perbincangan panel, pembentangan kertas kerja, melihat poster penyelidikan dan kolokium penyelidikan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya