Bursa Malaysia ditutup positif hari ini - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup positif hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 5.70 mata kepada 1,603.15 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,597.45 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,600.50.

Jumlah dagangan sebanyak 2.54 bilion unit bernilai RM2.37 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 584 berbanding 412 dengan 528 kaunter tidak berubah dan 938 tidak diniagakan.

Bagaimanapun, Indeks Nikkei Jepun turun 338.14 mata atau 0.87 peratus, kepada 38,442.00 ketika berita ini ditulis.

Begitu juga, Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 13.98 mata atau 0.55 peratus kepada 2,520.36, manakala Indeks STI Singapura turun 19.36 mata atau 0.52 peratus kepada 3,712.03. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya