Bursa Malaysia ditutup positif hari ini

Bursa Malaysia ditutup positif hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 1.10 mata kepada 1,589.78 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,588.68 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,593.04.

Jumlah dagangan sebanyak 2.59 bilion unit bernilai RM2.28 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 553 berbanding 479 dengan 509 kaunter tidak berubah dan 924 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun naik 257.68 mata atau 0.68 peratus, kepada 38,283.85 ketika berita ini ditulis.

Begitu juga, Indeks STI Singapura naik 7.95 mata atau 0.21 peratus kepada 3,747.17, manakala Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 20.61 mata atau 0.83 peratus kepada 2,501.24.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya