PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 6.76 mata kepada 1,597.49 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,604.25 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,606.32.
Jumlah dagangan sebanyak 2.80 bilion unit bernilai RM2.90 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 610 berbanding 415 dengan 486 kaunter tidak berubah dan 970 tidak diniagakan.
Bagaimanapun, Indeks Nikkei Jepun naik 214.09 mata atau 0.56 peratus, kepada 38,349.06 ketika berita ini ditulis.
Begitu juga, Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 1.61 mata atau 0.06 peratus kepada 2,504.67, manakala Indeks STI Singapura naik 15.21 mata atau 0.41 peratus kepada 3,723.30. – UTUSAN