PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 1.42 mata kepada 1,596.07 pada pukul 9.01 pagi hari ini, berbanding 1,597.49 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,596.36.
Jumlah dagangan sebanyak 215.40 juta unit bernilai RM34.08 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 114 berbanding 102 dengan 215 kaunter tidak berubah dan 2,053 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 284.23 mata atau 0.71 peratus, kepada 38.077.55 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 1.49 peratus kepada 2,566.42 dan Indeks STI Singapura menurun 0.39 peratus kepada 3.722.65. –UTUSAN