BPMB, ACSB biaya RM75 juta bina projek klinik pakar Hospital Pulau Pinang - Utusan Malaysia

BPMB, ACSB biaya RM75 juta bina projek klinik pakar Hospital Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Aim Concept Sdn. Bhd. (ACSB) menandatangani kemudahan pembiayaan RM75 juta untuk memulakan projek pengembangan lebih besar berjumlah RM428 juta bagi Klinik Pakar dan Blok Wad di Hospital Pulau Pinang.

BPMB dalam kenyataan berkata, projek ini merangkumi kemudahan 216 katil, 15 tingkat dengan klinik pakar dan wad untuk Kardiotorasik, Pembedahan Saraf, Oftalmologi, Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), penjagaan rapi, perkhidmatan bergantung tinggi dan bilik pembedahan lanjutan yang dilengkapi dengan teknologi pembedahan robotik. 

“Ia akan mewujudkan 2,100 pekerjaan, mengatasi jurang dalam penjagaan pakar, mengurangkan kesesakan dan meningkatkan akses kepada rawatan berkualiti dan tepat pada masanya.

“Pembiayaan ini mencerminkan tujuan BPMB dalam menyampaikan modal impak untuk pembangunan negara. Penilaian pembiayaan dilakukan melalui rangka kerja Mengukur Impak terhadap Pembangunan Negara (MIND) BPMB, memastikan keselarasan dengan piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta objektif Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12),” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdulwahab, BPMB telah memacu penyertaan ekonomi Bumiputera sejak penubuhannya pada tahun 1973, dengan ACSB menjadi salah satu contoh kerana ia menyahut seruan inisiatif Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PuTERA35).

“Ini adalah satu lagi refleksi sokongan ekosistem DFI dalam memperkukuh mandat keseluruhan kami, dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga syarikat besar yang sangat kompetitif. 

“Melalui ekosistem DFI, terdapat kesinambungan sokongan dan modal untuk pembangunan usahawan Bumiputera ke peringkat seterusnya dan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan ACSB, Datuk Abd Rahim Jaafar  mengucapkan penghargaan terima kasih dan syarikat itu telah melalui banyak krisis kewangan sejak 1997, namun kini, bersama BPMB, ia bersedia untuk membina masa depan yang lebih cerah dan berdaya tahan.

“Kerjasama ini mewakili gabungan cita-cita, inovasi, dan motivasi. Melangkah ke hadapan, saya teringat pepatah lama, jika kita mahu pergi cepat, pergi seorang diri, era itu sudah berakhir. Tetapi jika kita mahu pergi jauh, kita pergi bersama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya