BMW Group rancang pemasangan EV secara tempatan - Utusan Malaysia

BMW Group rancang pemasangan EV secara tempatan

Jean-Philippe Parain (kanan) dan Benjamin Nagel (kiri) dalam Meja Bulat Strategi Jenama BMW Group Malaysia di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: BMW Group sedang berunding dengan kerajaan dan merancang pemasangan kenderaan elektrik (EV) secara tempatan, selaras dengan perubahan terkini mengenai pengecualian cukai EV selepas 2026 untuk memastikan penerimaan yang mampan.

Naib Presiden Kanan Jualan Wilayah Asia-Pasifik, Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika, Jean-Philippe Parain berkata,walau bagaimanapun, ini memerlukan kepastian dan perancangan jangka panjang. 

“Pengurangan subsidi boleh memberi kesan kepada penerimaan EV, seperti yang dilihat di pasaran lain, oleh itu, adalah penting untuk mendekati peralihan ini dengan berhati-hati,” katanya kepada pemberita dalam sesi Meja Bulat Strategi Jenama BMW Group Malaysia di sini. 

Parain juga menekankan kejayaan BMW Group Malaysia, dengan melaporkan bahagian pasaran sebanyak 19 peratus dalam sembilan bulan pertama tahun ini, melebihi purata serantau dan sejajar dengan purata global. 

“Walaupun penerimaan EV di beberapa negara semakin perlahan, pertumbuhan Malaysia tetap kukuh, dengan pelanggan terus mencari pelbagai pilihan. 

“Sebagai respon, BMW memberi tumpuan untuk menawarkan fleksibiliti dengan menyediakan kenderaan hibrid plug-in, hibrid ringan, dan kenderaan elektrik sepenuhnya untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai,” katanya 

Parain menjelaskan, syarikat juga komited untuk menyokong peralihan kepada EV dengan bekerjasama dengan rakan tempatan dan kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur, termasuk pembangunan ekosistem pengecasan. 

“BMW juga menawarkan penyelesaian pengecasan di rumah melalui produk ‘wallbox’, yang melengkapkan perluasan stesen pengecasan pantas di seluruh negara,” katanya. 

Pengecualian duti import dan eksais ke atas kenderaan elektrik (EV) diimport sepenuhnya (CBU) dijangka tidak akan dilanjutkan selepas ia tamat pada akhir tahun depan.

Sebagai makluman, pelepasan duti eksais dan cukai jualan bagi EV yang dipasang dalam pasaran tempatan (CKD) akan tetap dikuatkuasakan sehingga akhir 2027.

Selain itu, beliau menyatakan keseluruhan kitaran hayat sebuah kenderaan, dari pengeluaran hingga penuntutan bahan pada penghujung hayatnya. 

“Di peringkat tempatan, kami sedang bekerjasama dalam perkongsian untuk kitar semula bateri,” tambahnya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, lebih daripada 8,700 keluaran kenderaan untuk jenama BMW dan MINI sehingga suku ketiga 2024.

“Ini termasuk lebih 1,600 model elektrik penuh yang merangkumi lebih 19 peratus daripada jumlah pengeluaran, BMW Group Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar kenderaan elektrik premium terkemuka di negara ini.

“Faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian tersebut adalah komitmen BMW Group Malaysia terhadap keterbukaan teknologi, iaitu pendekatan yang mengutamakan penawaran enjin pembakaran dalaman, kenderaan hibrid plug-in dan kenderaan elektrik agar pelanggan bebas memilih teknologi yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya