Bank Rakyat terbit sukuk kelestarian bernilai RM500j - Utusan Malaysia

Bank Rakyat terbit sukuk kelestarian bernilai RM500j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Rakyat melalui Imtiaz Sukuk II Berhad menerbitkan Sukuk SRI (Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab) Kelestarian ASEAN sulungnya bernilai RM500 juta, berdasarkan prinsip syariah wakalah bi al-Istithmar, daripada program sukuk wakalah RM10 bilion sedia ada.

Menurut kenyataannya, terbitan itu menandakan tawaran kemampanan pertama Bank Rakyat berikutan penyempurnaan semakan semula terma pasca terbitan pada Ogos 2024, membolehkannya memasukkan format terbitan kemampanan ke dalam program sukuk wakalah.

MARC Ratings telah memperuntukkan Penilaian Bon Impak ‘Emas’ tertinggi untuk Kerangka Sukuk Kemampanan Bank Rakyat yang mentadbir pembiayaan mampan masa depan Bank Rakyat yang dibangkitkan di bawah format penggunaan hasil.

Kerangka ini sejajar dengan komponen teras Piawaian Bon Hijau/Sosial/Mampan ASEAN yang dikeluarkan oleh Forum Pasaran Modal ASEAN dan Kerangka Sukuk SRI yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata, hasil yang diperoleh daripada terbitan Sukuk SRI Kelestarian ASEAN ini akan digunakan untuk membiayai projek layak yang menyumbang kepada faedah alam sekitar dan sosial seperti yang digariskan dalam Kerangka Sukuk Kelestarian bank.

“Usaha ini akan terus menyokong objektif bank untuk mengembangkan portfolio pembiayaan hijau dan sosial kami, di samping mengukuhkan peranan kami sebagai satu daripada penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Maybank Investment Bank Berhad bertindak sebagai pengurus utama bersama dan ejen kemudahan, manakala Maybank Islamic Berhad adalah penasihat syariah untuk terbitan sulung ini.

Sebagai agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Bank Rakyat ialah bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan aset RM118.7 bilion pada akhir 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya