PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) melancatkan produk pes pertama mereka, Seri-Aji Perencah Pes Tom Yam, merupakan pencapaian penting bagi AMB dalam memasuki kategori produk pes.
Menurut kenyataan, produk itu menawarkan penyelesaian premium dan mudah bagi pengguna untuk menikmati rasa tomyam asli.
“Kini, semua orang boleh merasai rasa “Ada Kick” di rumah dengan pes yang serbaguna dan mudah digunakan ini.
“Perencah pes dengan berat 40 gram itu diperbuat daripada bahan-bahan segar dan resipi asli, menawarkan rasa kaya seperti sup yang dimasak lama.
“Kualitinya yang premium memastikan keseimbangan rasa pedas, masam, masin, dan manis, memberikan pengalaman tomyam asli.
“Pes ini sesuai untuk hidangan sendiri atau keluarga, menjanjikan rasa dan kualiti yang setaraf restoran,” katanya.
Jelasnya, salah satu keistimewaan produk ini adalah teksturnya yang pekat, memberikan rasa “KAW” kepada tomyam.
“Ia dibuat daripada rempah ratus asli seperti cili, asam jawa, serai, udang, dan daun limau purut, pes ini menambah kelazatan dan kepekatan pada tomyam, memastikan setiap sudu penuh rasa.
“Menyediakan hidangan tomyam yang lazat kini lebih mudah dengan Seri-Aji Perencah Pes Tom Yam dan anda tidak perlu lagi menyediakan bahan-bahan untuk membuat sup tomyam.
“Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh memasak tomyam setaraf restoran di rumah, sesuai untuk individu sibuk atau keluarga yang ingin menjimatkan masa tanpa mengorbankan rasa,” katanya.
Selain itu, AMB berkata Seri-Aji Perencah Pes Tom Yam telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menjadikannya sesuai untuk semua pengguna.
“Seiring dengan inovasi berterusan AMB, pengenalan produk ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk merevolusikan perjalanan kulinari anda.
“Setiap hidangan yang disediakan dengan pes ini juga adalah satu ekspresi kasih sayang, menjadikan hidangan yang dikongsi bersama keluarga sebagai kenangan yang dihargai, selaras dengan moto “Eat Well, Live Well.”
“Pada masa ini, anda boleh mendapatkan produk Seri-Aji Perencah Pes Tom Yam** di pasar raya berhampiran seperti Econsave, Lotus, dan Aeon Big.
“Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini dan produk-produk AMB lain, boleh layari laman web rasmi AMB,” katanya. – UTUSAN