[Tinjauan Ekonomi 2025] Sektor ekonomi kekal penerima terbesar - Utusan Malaysia

[Tinjauan Ekonomi 2025] Sektor ekonomi kekal penerima terbesar

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKTOR ekonomi kekal menjadi penerima terbesar dalam aliran perbelanjaan negara menerusi Perbelanjaan Pembangunan (DE) dengan nilai sebanyak 48.1 peratus, menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2025.

Menurut laporan itu, bagi tahun 2024, DE dianggar berkurang sebanyak 10.5 peratus kepada RM86 bilion terutamanya disebabkan oleh pengurangan komitmen kewangan.

“Walau bagaimanapun, DE bagi 2024 telah meningkat sebanyak 3.5 peratus tanpa mengambil kira penebusan bon 1Malaysia Development Berhad sebanyak RM13 bilion pada 2023.

“Pengagihan semula DE dilaksanakan secara strategik mengikut keutamaan projek bagi memastikan sumber diagih secara optimum selaras dengan pelan pembangunan di bawah wed Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 [RMKe-12).

“Dari segi agihan, sektor ekonomi kekal sebagai penerima manfaat terbesar diikuti oleh sektor sosial iaitu 32.8 peratus, keselamatan dengan 14.6 peratus dan pentadbiran am sebanyak 4.5 peratus,” katanya.

Selain itu, peruntukan keseluruhan bagi sektor ekonomi dianggar sebanyak RM41.4 bilion dengan beberapa pecahan kepada sektor tertentu.

Katanya, peruntukan terbanyak adalah daripada subsektor pengangkutan yang merangkumi 39.3 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Sektor utamanya adalah untuk projek utama yang sedang dilaksanakan seperti Lebuhraya Pan Borneo, Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (Fasa 2) serta Rapid Transit System Link (RTS Link) antara johor Bahru dan Singapura,” katanya.

Laporan itu menyatakan, terdapat subsektor yang dijangka bakal berkembang berdasarkan pelan-pelan yang telah dilaksanakan.

“Subsektor kedua terbesar laitu perdagangan dan perindustrian diunjur berkembang sebanyak 19.9 peratus mencapai RM3.6 bilion berikutan penubuhan Dana Pembangunan Perindustrian dan Dana Pelaburan Bersama Strategik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang bertujuan menarik pelaburan bernilai tinggi ke Malaysia.

“Peruntukan bagi subsektor alam sekitar juga dijangka mengalami pertumbuhan ketara sebanyak 79 peratus mencapai RM3.3 bilion mencerminkan tumpuan kepada projek berkaitan mitigasi banjir dan bencana alam.

“Selain itu, subsektor pertanian dianggar berkembang 3.2 peratus kepada RM3.1 bilion berikutan penekanan berterusan kepada pengukuhan program sekuriti makanan dan penanaman semula serta penyelenggaraan infrastruktur pertanian dan sistem pengairan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya