[Tinjauan Ekonomi 2025] Pinjaman boleh dituntut Persekutuan catat RM41.1 Bilion dari KDNK - Utusan Malaysia

[Tinjauan Ekonomi 2025] Pinjaman boleh dituntut Persekutuan catat RM41.1 Bilion dari KDNK

Orang ramai mengambil kesempatan berkunjung ke Pusat Konvensyen Shah Alam sempena Kempen Bantuan Pembayaran Balik Pinjaman anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) di Seksyen 14 Shah Alam, baru-baru ini. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUMLAH keseluruhan pinjaman boleh dituntut Persekutuan di bawah Tabung Pembangunan mencatat RM41.1 bilion atau 2.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir Disember 2023.

Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2025, pinjaman kepada syarikat merupakan bahagian terbesar iaitu RM26.8 bilion diikuti oleh kerajaan negeri (RM9.3 bilion), Badan Berkanun Persekutuan (RM5 billion) serta lain-lain pertubuhan dan koperasi, (RM69 juta).

“Pengeluaran pinjaman melalui perbelanjaan pembangunan (DE) pada 2024 dianggar sebanyak RM1 bilion, Kerajaan negeri kekal sebagai penerima terbesar iaitu sebanyak RM750 juta diikuti oleh syarikat (RM144 juta), Badan Berkanun Persekutuan (RM108 juta) serta lain-lain pertubuhan dan koperasi (RM8 juta).

“Pinjaman ini akan digunakan terutamanya untuk program dan inisiatif berkaitan peningkatan perkhidmatan bekalan air dan elektrik serta infrastruktur rawatan kumbahan,” katanya.

Semengtara itu, menurutnya, untuk tahun 2024, kerajaan dijangka menerima bayaran balik pinjaman berjumlah RM1.2 bilion.

“Bayaran balik tertinggi dijangka diterima daripada syarikat sebanyak RM614 juta diikuti oleh kerajaan negeri (RM425 juta). Bayaran balik selebihnya dijangka diterima daripada Badan Berkanun Persekutuan (RM96 juta) serta lain-lain pertubuhan dan koperasi (RM18 juta).

Tambah laporan itu, bagi 2025, Kerajaan Persekutuan akan terus menyediakan pinjaman melalui Perbelanjaan Pembangunan (DE) kepada kerajaan negeri, Badan Berkanun Persekutuan, syarikat serta lain-lain pertubuhan dan koperasi untuk meningkatkan infrastruktur dan memperbaiki kualiti hidup rakyat.

“Jumlah pengeluaran pinjaman dianggar sebanyak RM1.4 bilion dengan kerajaan negeri kekal sebagai penerima terbesar iaitu sebanyak RM1 bilion diikuti Badan Berkanun Persekutuan (RM263 juta), syarikat (RM141 juta) serta lain-lain pertubuhan dan koperasi (RM3 juta).

“Sementara itu, bayaran balik pinjaman diunjur sebanyak RM1.3 bilion dengan RM707 juta bayaran balik dijangka diterima daripada syarikat manakala kerajaan negeri dijangka membayar balik RM510 juta.
“Baki bayaran balik dijangka diterima daripada Badan Berkanun Persekutuan (RM75 juta) serta lain-lain pertubuhan dan koperasi (RM29 juta),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya