PETALING JAYA: Belanjawan 2025 perlu memperkenalkan inisiatif yang dapat membawa penggunaan kenderaan elektrik (EV) ke tahap lebih tinggi di Malaysia, kata Kelab Pemilik Kenderaan Elektrik Malaysia (MyEVOC). Presidennya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, antaranya termasuklah menyediakan peruntukan untuk membangunkan rantaian bekalan bateri EV tempatan. “Ia dapat mengurangkan kos untuk jualan bateri EV dan pengguna dapat membeli pada harga yang lebih murah jika ia dibangunkan dalam negara. “Ini kerana kos pengangkutan sel bateri yang diimport lebih mahal dari barangan biasa kerana ia memerlukan langkah pencegahan kebakaran,” katanya ketika dihubungi Utusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya