SC, Khazanah memangkin akses MTC ke pasaran modal

SC, Khazanah memangkin akses syarikat peringkat pertengahan ke pasaran modal 

MOHAMMAD Faiz Azmi (dua dari kiri) pada majlis menandatangani MoU antara SC dan Khazanah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melalui Dana Impak untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan dan menyesuaikan pasaran modal untuk syarikat peringkat pertengahan Malaysia (MTC).

MoU bagi merangsang pertumbuhan dan pengembangan itu menyokong ‘Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC’ SC iaitu ‘Memangkin Akses MSME dan MTC ke Pasaran Modal: Pelan Hala Tuju 5 Tahun (2024-2028)’.

Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata, beliau memberi penghargaan kepada komitmen Khazanah dalam menyokong pertumbuhan dan pengembangan MTC. 

“Kami menghargai sokongan Khazanah terhadap Pelan Hala Tuju PMKS dan MTC serta matlamat jangka panjang SC untuk memastikan ekosistem pengumpul dana pasaran modal yang lebih inklusif dan holistik.

“MTC merupakan penyedia peluang pekerjaan domestik yang penting dan penyumbang kepada ekonomi. 

“Walau bagaimanapun, mereka telah dikenal pasti sebagai ‘missing middle’, kerana sering menghadapi kesukaran untuk mengakses pembiayaan untuk pertumbuhan. MoU ini akan menangani cabaran sedemikian untuk memastikan pertumbuhan dan daya tahan yang mampan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, MTC merangkumi kurang daripada dua peratus firma di Malaysia tetapi menyumbang 36 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan 16 peratus kepada peluang pekerjaan. 

“Ini menjadikan mereka pemacu penting kepada ekonomi Malaysia serta berpotensi menjadi sumber permintaan pasaran modal,” katanya. 

Sementara itu, Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, mereka komited untuk memperkasakan syarikat Malaysia dan MTC dengan menyediakan peluang yang mereka perlukan untuk berjaya.

“Khazanah, melalui Dana Impak yang merupakan tonggak utama di bawah strategi Memajukan Malaysia, telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta dana permulaan untuk menyediakan pembiayaan kepada MTC. 

“Pembiayaan ini akan disalurkan kepada MTC yang berpotensi tinggi melalui pasaran persendirian, sama ada ekuiti persendirian atau dana kredit persendirian, memastikan akses yang lebih besar kepada modal,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya