Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$119.6 bilion - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$119.6 bilion

opr
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$119.6 bilion pada 15 Oktober 2024 berbanding AS$119.7 bilion pada 30 September 2024. 

Bank pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab adalah rizab mata wang asing yang berjumlah AS$106.6, diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$1.3, hak pengeluaran khas (SDR) AS$5.9 bilion, emas AS$3.3 bilion dan aset rizab lain AS$2.5 bilion,” katanya dalam kenyataan. 

Selain itu, jumlah aset berjumlah RM596.87  bilion merangkumi emas dan rizab pertukaran asing, termasuk SDR (RM491.63 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.52 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.65 bilion), tanah dan bangunan (RM4.10 bilion) dan aset-aset lain (RM58.13 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti berjumlah RM601.33 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM177.38 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.19 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM138.11 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM8.45 bilion), deposit lain (RM65.19 bilion), kertas Bank Negara (RM12.22 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM2.98 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya