Prestasi Bursa Malaysia dibuka tinggi

Prestasi Bursa Malaysia dibuka tinggi

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 4.75 mata kepada 1640.37 pada pukul 9.08 pagi hari ini, berbanding 1,635.62 pada penutup semalam.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1637.66.

Jumlah dagangan sebanyak 218.30 juta unit bernilai RM107.70 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 220 berbanding 130 dengan 251 kaunter tidak berubah dan 1,823 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi bursa saham di Wall Street dilihat positif, dipacu oleh kenaikan harga saham-saham berkaitan teknologi.

“Kenyataan daripada beberapa ahli Rizab Persekutuan (Fed) juga masih menunjukkan bahawa keputusan untuk mengurangkan kadar faedah bakal diteruskan.

“Namun, langkah tersebut akan dilaksanakan secara beransur-ansur memandangkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) masih berada dalam keadaan yang baik serta risiko kenaikan inflasi masih lagi wujud.

“Selain itu, kerajaan China telah mengumumkan saiz pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah 200 billion yuan. Namun, angka ini dilihat jauh lebih rendah daripada jangkaan para penganalisis iaitu sekitar 3 trilion yuan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Justeru, Mohd. Afzanizam berkata, perkara ini telah menyumbang kepada kejatuhan harga minyak mentah Brent kepada AS$77 (RM330.12) setong berbanding awal Oktober iaitu sekitar AS$80 (RM342.98) setong.

“Justeru, pasaran saham di Malaysia dijangka akan terus dalam jajaran yang berhati-hati pada hari ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya