Prestasi Bursa Malaysia dibuka rendah

Prestasi Bursa Malaysia dibuka rendah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 3.69 mata kepada 1631.60 pada pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,635.29 pada penutup semalam.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,631.63.

Jumlah dagangan sebanyak 318.19 juta unit bernilai RM175.26 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 217 berbanding 149 dengan 302 kaunter tidak berubah dan 1,755 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi Bursa Malaysia dijangka berhati-hati dengan fokus masih lagi berkenaan isu konflik ketenteraan di Asia Barat.

“Selain itu, situasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dilihat masih lagi dalam keadaan yang baik berdasarkan data pasaran buruh terkini.

“Justeru, jangkaan pemotongan kadar faedah dijangka berlaku secara beransur-ansur,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya