PETALING JAYA: Kenanga Research menjangkakan pertumbuhan jualan untuk 2024 dikekalkan pada 6.0 peratus berbanding 7.7 peratus pada tahun sebelumnya.
Firma penyelidikan berkata, pertumbuhan jualan tahun ke tahun berada pada 5.8 peratus sehingga kini, (Januari hingga Julai 6.0 peratus) sedikit di bawah jangkaan tahun penuh sebanyak 6.0 peratus.
“Walaupun terdapat pengurangan ini, kami menjangkakan pertumbuhan jualan akan kekal stabil hingga akhir tahun, disokong oleh program pemindahan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kerajaan.
“Fasa 3 STR, yang akan memberi manfaat kepada anggaran 8.5 juta penerima dengan jumlah pengagihan RM1.7 bilion, bermula pada 29 Ogos dan Fasa 4 dijadualkan pada November.
“Peningkatan kedatangan pelancong dan pertumbuhan permintaan domestik yang berterusan juga menyokong pandangan positif kami,” katanya dalam satu nota penyelidikan.
Secara keseluruhan, Kenanga Research mengekalkan ramalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2024 pada 5.3 peratus (suku kedua 2024: 5.9 peratus), dengan pertumbuhan KDNK untuk tahun penuh 2024 dijangka stabil pada 5.0 peratus (2023: 3.6 peratus).
“Pertumbuhan KDNK keseluruhan akan disokong oleh permintaan domestik yang berterusan, pengembangan stabil dalam sektor perkhidmatan dan pemulihan secara beransur-ansur dalam sektor pembuatan,” katanya.
Dalam pada itu, pertumbuhan jualan perdagangan distributif perlahan kepada 4.7 peratus tahun ke tahun (Julai 6.7 peratus), yang merupakan tahap terendah dalam lapan bulan dan pertumbuhan terendah yang dicatatkan tahun ini.
“Pertumbuhan secara bulan ke bulan berkembang sedikit (0.1 peratus berbanding Julai, 2.1 peratus) disokong oleh pengembangan dalam perdagangan runcit.
“Nilai jualan (RM149.2 bilion; Julai, RM149.0 bilion), mencatatkan rekod tinggi baru,” katanya.
Selain itu, firma penyelidikan berkata, penurunan yang meluas dipimpin oleh pengurangan yang ketara dalam kenderaan motor.
“Kenderaan motor (4.1 peratus, Julai 12.2 peratus), perlahan dengan ketara, disebabkan oleh jualan kenderaan motor yang lemah (-0.5 peratus, Julai 14.0 peratus), seiring dengan jualan unit yang lebih rendah (71.2 ribu unit; Julai: 71,700) pada bulan tersebut.
“Penurunan ini juga disebabkan oleh pertumbuhan sederhana dalam penyelenggaraan dan pembaikan (9.0 peratus, Julai 10.5 peratus) dan alat ganti dan aksesori (8.6 peratus; Julai: 9.6 peratus).
“Namun, jualan yang lebih tinggi dalam penyelenggaraan dan pembaikan (16.2 peratus; Julai 12.9 peratus) sebahagiannya memberikan sokongan. Perdagangan borong (3.7 peratus; Julai 5.5 peratus) sederhana, di tengah penurunan yang meluas didahului oleh subsektor utama iaitu barang isi rumah (6.7 peratus, Julai 8.2 peratus) dan makanan, minuman dan tembakau (7.0 peratus; Julai 8.1 peratus) dengan kedua-duanya menyumbang kepada pertumbuhan keseluruhan yang menurun kepada 1.2 mata peratus (Julai, 1.5 mata peratus).
“Selain itu, perdagangan runcit (5.9 peratus; Julai, 6.4 peratus), pertumbuhan sederhana kepada tahap terendah dalam empat bulan, disebabkan oleh penurunan dalam barang lain di kedai khusus (5.8 peratus; Julai, 6.6 peratus dan peralatan rumah tangga lain di kedai khusus (2.7 peratus, Julai 4.6 peratus,” jelasnya.-UTUSAN