Pemeran sempena Minggu Pembinaan Antarabangsa

Pemeran sempena Minggu Pembinaan Antarabangsa

pameran
Ir. Guntor Tobeng (kanan) memberi penerangan kepada Alexander Nanta Linggi (dua dari kanan) dan Ahmad Maslan (empat dari kanan) yang melawat reruai Gading Kencana Sdn. Bhd. pada Pameran Industri Pembinaan dan Bangunan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) sempena Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RERUAI syarikat penyedia tenaga boleh baharu, Gading Kencana Sdn. Bhd. antara yang turut menjadi tumpuan di Pameran Industri Pembinaan dan Bangunan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) sempena Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Gading Kencana yang menawarkan penyelesaian tenaga hijau dan lestari antaranya dikunjungi oleh pelajar-pelajar institut pendidikan tinggi dalam bidang kejuruteraan dan teknikal serta mereka yang berminat untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai tenaga hijau terutama yang berasaskan solar.

Turut melawat reruai tersebut ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Timbalannya, Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Tetamu telah diberi penerangan oleh Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., Datuk Ir. Guntor Tobeng dan kakitangannya mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ini terutama tenaga solar.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya