Pelabur asing jual RM45.7 juta ekuiti tempatan untuk minggu ketiga

Pelabur asing jual RM45.7 juta ekuiti tempatan minggu ketiga berturut-turut

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing mengekalkan momentum jualan mereka di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut dengan menjual ekuiti tempatan sebanyak RM45.7 juta pada minggu lalu, kata MIDF Research.

Menurut Laporan Aliran Dananya minggu berakhir 11 Oktober 2024, pelabur asing hanya membuat jualan bersih sebanyak RM147.9 juta pada Isnin dan RM216.6 juta pada Jumaat.

Namun begitu, firma penyelidikan berkata, ia sudah cukup untuk mengatasi aliran masuk dicatatkan dari Selasa hingga Khamis yang berjulat daripada RM44.4 juta hingga RM70.2 juta.

“Sektor yang mempunyai aliran masuk asing bersih tertinggi minggu lepas ialah produk dan perkhidmatan pengguna (RM98.0 juta), hartanah (RM31.8 juta) dan perladangan (RM23.7 juta).

“Sementara itu, sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM184.5 juta), pengangkutan dan logistik (RM48.0 juta) serta penjagaan kesihatan (RM44.0 juta),” katanya di sini hari ini.

Firma penyelidikan berkata, pelabur institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan merekodkan pembelian bersih untuk minggu kelima berturut-turut pada RM93.4 juta.

Katanya, peruncit tempatan menjadi pembeli bersih ekuiti domestik untuk minggu ketiga berturut-turut dengan merekodkan jumlah RM102.5 juta.

“Dari segi penyertaan purata volum dagangan harian (ADTV) jatuh merentas semua kategori pelabur minggu lepas.

“Sementara itu, pelabur runcit menyaksikan penurunan sebanyak 0.6 peratus, manakala institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 5.4 peratus dan 6.4 peratus,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya