Pelabur asing jual RM1.10 bilion ekuiti tempatan minggu lalu

Pelabur asing jual RM1.10 bilion ekuiti tempatan minggu lalu

PELABUR asing terus menjual ekuiti tempatan di Bursa Malaysia pada minggu lalu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.10 bilion.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing terus menjual ekuiti tempatan di Bursa Malaysia pada minggu lalu mencapai jualan bersih tertinggi dalam 18 minggu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.10 bilion.

MIDF Research berkata, pelabur asing terus menerima hasil jualan bersih setiap hari minggu lepas setelah menjual selama 10 hari dagangan berturut-turut.

Katanya, jualan bersih paling kukuh berlaku pada Jumaat iaitu RM321.8 juta.

“Tiga sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perladangan (RM27.5 juta), hartanah (RM20.9 juta) dan tenaga (RM10.0 juta).

“Sementara itu, tiga sektor yang dijual bersih ialah perkhidmatan kewangan (RM553.3 juta), utiliti (RM159.5 juta) dan produk pengguna dan perkhidmatan (RM132.3 juta),” katanya dalam Laporan Aliran Dana minggu berakhir 4 Oktober 2024 di sini hari ini.

Jelas MIDF Research, institusi tempatan menjadi penjual bersih untuk minggu keempat berturut-turut pada RM1.02 bilion.

Selain itu, peruncit tempatan juga turut menjadi penjual bersih bagi untuk minggu kedua berturut-turut, berjumlah RM79.8 juta.

Dari segi pergerakan pelabur, purata nilai dagangan harian (ADTV) merentasi semua kelas dengan pelabur runcit tempatan menyusut 14.0 peratus minggu lepas, manakala pelabur institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing menyaksikan penurunan sebanyak 9.6 peratus dan 6.5 peratus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya