PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 13.93 mata kepada 1,618.30 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,632.23 pada penutup semalam.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,633.02.
Jumlah dagangan sebanyak 2.475 bilion unit bernilai RM2.14 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 656 berbanding 354 dengan 577 kaunter tidak berubah dan 915 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.087 peratus atau 2.24 mata kepada 2,583.27 manakala indeks Indonesia turun 0.34 peratus kepada 7.690.50.
Indeks STI Singapura juga naik 12.31 mata kepada 3,592.64.
Selain itu, indeks Nikkei Jepun pula turun 229.37 mata kepada 37,913.92 ketika berita ini ditulis.-UTUSAN