PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 8.81 mata kepada 1,641.44 pada pukul 5 petang hari ini berbanding 1,632.63 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,634.47.
Jumlah dagangan sebanyak 2.69 bilion unit bernilai RM2.45 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 634 berbanding 391, dengan 492 kaunter tidak berubah dan 976 tidak diniagakan.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, indeks penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dilihat pulih hari ini meskipun prestasi bursa serantau dilihat agak bercampur-campur.
Jelasnya, pengumuman Belanjawan 2025 sudah pasti menjadi fokus utama dalam masa terdekat.
“Ini adalah kerana peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan, insentif cukai bagi menggalakkan pelaburan serta langkah untuk membantu kuasa beli rakyat.
“Perkara itu sudah pasti menjadi inti utama yang akan menjadi tunjang kepada pertumbuhan ekonomi negara pada tahun hadapan.,” katanya kepada Utusan Malaysia.-UTUSAN