Pasaran saham ditutup positif hari ini

Pasaran saham ditutup positif hari ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 6.03 mata kepada 1,640.94 pada pukul 5 petang hari ini berbanding 1,637.66 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,639.75.

Jumlah dagangan sebanyak 2.64 bilion unit bernilai RM2.31 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 568 berbanding 434 dengan 540 kaunter tidak berubah dan 899 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran saham di Malaysia dilihat positif pada hari ini memandangkan minit mesyuarat mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) jelas menunjukkan bahawa pihak rizab persekutuan (Fed) masih dalam mod untuk mengurangkan kadar faedah.

“Bagaimanapun, saiz pemotongan menjadi perdebatan, sama ada 25 mata asas atau 50 mata asas yang akan diturunkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, beliau berkata, jangkaan pengumuman pakej rangsangan ekonomi oleh kementerian kewangan negara China juga dilihat positif.

“Ia berikutan saiz pakej rangsangan yang besar mampu untuk memulihkan kelembapan pertumbuhan ekonomi di China,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya