Pasaran saham ditutup negatif hari ini - Utusan Malaysia

Pasaran saham ditutup negatif hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 17.08 mata kepada 1,639.31 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,656.39 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,642.78.

Jumlah dagangan sebanyak 3.86 bilion unit bernilai RM2.73 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 874 berbanding 270 dengan 467 kaunter tidak berubah dan 799 tidak diniagakan.

Bagaimanapun, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, bursa saham ditutup rendah hari ini berikutan situasi tegang di Timur Tengah.

“Harga mintak mentah Brent dilihat meningkat sebanyak 2.01 peratus kepada AS$75 (RM312.38) setong.

“Konflik kententeraan antara Iran dan Israel dilihat berpotensi memberi kesan kepada harga minyak mentah memandangkan Iran sebagai sebuah negara kelima terbesar pengeluar minyak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, ketidakpastian dari segi tempoh dan skop konflik ini menimbulkan rasa bimbang terhadap prospek ekonomi global, terutamanya kepada harga minyak mentah dunia.

“Oleh itu, peserta pasaran akan terus memantau situasi di Timur Tengah bagi merangka strategi dagangan saham,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya