Pasaran saham ditutup lemah hari ini

Pasaran saham ditutup lemah hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 0.31 mata kepada 1,645.68 pada pukul 5 petang hari ini berbanding 1,645.99 pada penutup Jumaat.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,646.71.

Jumlah dagangan sebanyak 3.02 bilion unit bernilai RM2.19 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 645 berbanding 395, dengan 519 kaunter tidak berubah dan 922 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi Bursa Malaysia dilihat lembap hari ini seiring dengan prestasi pasaran saham serantau.

“Perkara ini berlaku meskipun bank pusat China dilihat telah menurunkan kadar faedah serta pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku ketiga amat menggalakkan yang dianggarkan pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus.

“Meskipun begitu, harga minyak mentah dunia dilihat melonjak ekoran kebimbangan terhadap situasi tegang di Asia Barat.

“Oleh itu, selera risiko pasaran dilihat rendah pada ketika ini sehingga menyebabkan sentimen pasaran agak berhati-hati buat masa ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya