Pasaran saham ditutup lemah hari ini

Pasaran saham ditutup lemah hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 9.34 mata kepada 1,632.63 pada pukul 5 petang hari ini berbanding 1,641.97 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,643.80.

Jumlah dagangan sebanyak 2.79 bilion unit bernilai RM3.17 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 700 berbanding 341, dengan 506 kaunter tidak berubah dan 946 tidak diniagakan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi pasaran saham hari ini kurang memberangsangkan seiring dengan prestasi pasaran saham serantau.

“Kebimbangan terhadap sektor teknologi apabila kerajaan Amerika Syarikat (AS) dilihat akan mengenakan sekatan terhadap eksport mikrochip dijangka memberi kesan kepada prospek keuntungan syarikat-syarikat di dalam sektor ini.

“Justeru, kesan risiko yang dianggap sistematik telah memberi kepada pasaran serantau, termasuk Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya