Pasaran saham ditutup lemah hari ini

Pasaran saham ditutup lemah hari ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 7.39 mata kepada 1,633.55 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,640.94 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1635.79.

Jumlah dagangan sebanyak 2.30 bilion unit bernilai RM2.68 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 546 berbanding 420 dengan 526 kaunter tidak berubah dan 961 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan juga turun sebanyak 0.09 peratus atau 2.25 mata kepada 2,596.91, manakala indeks Indonesia turun 0.28 peratus kepada 7.480,08.

Bagi, indeks STI Singapura pula turun 5.99 mata kepada 3,579.30.

Bagaimanapun, indeks Nikkei Jepun naik 224.91 mata kepada 39,605.80 ketika berita ini ditulis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya