PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 0.71 mata kepada 1637.66 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,635.62 pada penutup semalam.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1637.66.
Jumlah dagangan sebanyak 3.22 bilion unit bernilai RM2. 47 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 566 berbanding 548 dengan 494 kaunter tidak berubah dan 816 tidak diniagakan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi Bursa Malaysia dilihat berjalan agak perlahan pada hari ini.
“Fokus utama adalah pada jangkaan data inflasi di Amerika Syarikat (AS) serta minit mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang bakal diumumkan pada Khamis nanti.
“Setelah data pasaran buruh di AS menunjukkan perkembangan positif, maka para pedagang mula merubah jangkaan bahawa pemotongan kadar faedah di negara itu dijangka lebih perlahan-lahan dan beransur-ansur,” katanya kepada Utusan Malaysia.-UTUSAN